Umumnya, para lelaki selalu mengeluh jika harus memakai kondom ketika melakukan hubungan seks. Mereka biasanya mengatakan, memakai kondom tidak selesa, menghalang ereksi dan mengganggu keintiman atau sensitiviti seks.

Sementara itu pada pandangan lain, penggunaan kondom dapat menandakan ketidakpercayaan seorang terhadap pasangannya. Walaubagaimanapun, jika pasangan anda membantah atau mengelakkan menggunakan kondom, ikuti beberapa langkah-langkah berikut ini:
1. Berbincang
Sebelum melakukan hubungan seks, ada baiknya anda berbincang dengan pasangan tentang pelbagai risiko yang mungkin boleh terjadi jika tidak menggunakan kondom. Seperti diketahui umum, kondom merupakan alat kontrasepsi yang sangat berkesan dalam mencegah kehamilan dan penyakit seksual.
2. Cari saiz yang sesuai
Setiap jenis kondom belum tentu sesuai untuk semua orang yang menggunakannya. Untungnya, kini kondom terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz, warna, rasa, tekstur, dan bahan. Hal ini membolehkan anda untuk memilih sesuai dengan keperluan sehingga seks menjadi selesa dan menyenangkan.
“Saya menggalakkan setiap pasangan untuk mencari kondom yang berbeza dan sesuai agar mencari apa yang terbaik untuk mereka,” kata Perry N. Halkitis, PhD, seorang ahli psikologi yang mengkhususkan diri dalam bidang HIV di New York University.
3. Cuba kondom perempuan
Jika suami atau pasangan anda tetap tidak mahu menggunakan kondom, anda mungkin perlu sedikit mengalah. Anda boleh cuba kondom perempuan, yang dipasang di dalam vagina.
4. Menyamakan sikap
Beritahu pasangan anda bahawa menggunakan kondom bukanlah kepentingan individu semata, melainkan kepentingan anda berdua.
“Meminta pasangan untuk memakai kondom bukan merupakan penunjuk dari kurangnya rasa cinta, melainkan ungkapan sesungguhnya dari kasih sayang yang anda berikan,” kata Halkitis.
5. Nasihat doktor
Lelaki biasanya mengalami kesulitan mempertahankan ereksi saat mengenakan kondom. Keadaan ini boleh disebabkan kerana saiz kondom yang tidak sesuai atau masalah psikologi-berkaitan dengan disfungsi seksual-, pengambilan alkohol atau ubat disfungsi ereksi. Jika masalah tetap tidak dapat diselesaikan sekalipun anda sudah menukar kondom, rujuk masalah anda dengan doktor.




