MALAYSIA VS NEPAL 15 OKTOBER 2011 | PERLAWANAN PERSAHABATAN | Perlawanan Persahabatan antara Malaysia B23 vs Nepal pada 15 Oktober 2011 di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, mungkin dipandang ringan oleh banyak pihak. Sudah semestinya apabila menyebut mengenai pasukan Nepal, kita seolah-olah memperlekehkan kemampuan mereka. Namun sejauh mana kekuatan diatas padang belum kita ketahui.
Diatas kertas, sebenarnya kita yang diperlekehkan mereka. Nepal menghuni tangga 135 dunia sedangkan Malaysia dikedudukan 147 dunia. Kita jauh ketinggalan berbanding mereka. Namun kesudian mereka melayan skuad B23 kita sepatutnya kita hargai. Inilah peluang skuad muda kita untuk membuktikan kemampuan berdepan dengan pasukan yang berkemungkinan untuk mengalahkan kita. Perlawanan dengan Malaysia B23 boleh dikatakan sebagai persiapan untuk mereka menentang Thailand pada 3 November ini.
Mengikut rekod FIFA, Nepal tidaklah menunjukkan prestasi membanggakan sepanjang 2011 ini. Namun pasukan ini telah mengalahkan Afghanistan dan kalah tipis kepada Korea Utara. Namun macam mana pungutan mata Nepal lebih banyak berbanding Malaysia? Melihatkan pada prestasi mereka dari jadual dibawah Nepal cuma berjaya mengalahkan dua pasukan yang berada di ranking jauh lebih rendah berbanding mereka.




